Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Monday, April 25, 2011

Aib lelaki yang boleh ditutup

Aik rasanya minggu ni banyak pulak idea mencurah curah nak di postkan.. Maklum la final exam da lepas.. So da takde tekanan la.. Kalau tak mesti asyik mengadap buku je.. Hrmm ni entry kali shaz nk kongsi sikit apa yang shaz jumpa dekat facebook.. Dia macam tips jugak la.. Maybe bole dipraktikkan di masa depan.. Tak gitu.. 

Masa tengah buka facebook.. Tiba tiba terjumpa satu article ni.. First tengok tajuk dia macam article biasa je.. Tapi menarik pulak.. Mungkin benda ni korang pernah lalui.. Ok cukup cukup la membebel tu shaz.. Kang ada yang taknak baca pulak..




MENANGIS

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.Tengok bro dekat atas tu. Selamba je nangis.




TERJATUH


Semasa kecil, jika korang terjatuh, mesti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay? Pandai pandai la keletong.




PENDEK



Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna,korang tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti korang yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin korang tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi korang ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Korang mungkin pilihan mereka!





JERAWAT


Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.


Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk
perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai korang memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.





DIHINA

Wanita yang korang sukai menghina korang dan menolak cinta korang. Begitu juga dengan majikan korang yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu korang akan malu dan ingin memarahi mereka semula.



Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina korang, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama korang.



Nota: Setiap kejadian allah pasti ada kekurangan dan kelebihan. Jadi apa yang telah terjadi kita terima dengan redha dan hati yang terbuka.

Perempuan dianggap biasa Tapi lelaki Gay

Biasa kalau baca entry orang lain especially yang perempuan, some of them suka menceritakan dan memuji tentang kecantikkan pompuan lain

"Eeee...tingginya Aleeza Kassim ni..cantek pulak tu" kata fatin

"Gojes la Fatin Liyana ni, walaupon pakai braces tetap sweet" ucap Anum

"Cantiknya Heliza ni, nampak mata bulat bulat jerk" getus Alya

"Wah, cantiknya Yuna ni. Sesuai sangat dengan Shaz" kata Mira


Mereka tanpa segan silu memuji setiap apa yang menjadi tumpuan seseorang perempuan lain.. Hrmm memang jadi satu kebiasaan.. Tak pulak orang lain perempuan tu minat kaum sejenis atau dalam erti kata yang sebaik baiknya "Lesbian".. Takde kan.. Takde kan..


Tapi.. Tapi.. Tapi..


Cuba kalau lelaki pula memuji lelaki yang lain.. Korang mesti rasa pelik kan.. Kalau korang puji kawan korang takpe la.. Ni orang yang tak kenal..


"Tough dan seksi seh Adi Putra. Arghh!! Jeles!!" kata Nyah-Sally

 "Hensem gila Samsul Yusoff ni. Geram tau" ujar Syed

"Licinnya kulit Dafi " ucap Fakhrul




See, mesti korang rasa lain kan? Shaz ada baca statement statement macam ni.. Macam gay-boy gayanya. HAHAHA. Tapi terpulang pada individu.. Kekadang ada individu hanya ingin memuji tapi ramai yang di salah ertikan.. 

Kenapa ye.. 

Perempuan ok je.. Lelaki tidak..


Nota: Jangan anggap orang itu dari luaran.. Pandang dalam baru turun ke hati..

Sunday, April 24, 2011

Detik-detik sebelum final exam

Assalamualaikum.. hari ini cuaca agak sedih.. Hujan turun dengan rahmatnya.. Tak terlambat lagi untuk shaz cerita sebelum exam bermula.. So dalam study week dua minggu lepas dalam asyik study lebih baik kalau keluar.. So tapi melengahkan masa kami berempat keluar.. Maklum la semua dah takde kelas.. Plan asal sebenarnya nak breakfast je.. Tapi lokasi tak boleh blah.. Restoran Jejantas Ayer Keroh.. Siap sanggup naik highway lagi.. Kalau setakat breakfast dekat mamak depan kamsis ke Restoran Sabedah yang terkenal tu ke tak kisah sangat.. Ni siap naik highway semata mata nak breakfast dekat Jejantas.. Ni semua idea si Hazim la.. Dia cakap sesekali cipta kelainan.. Konon dalam rumah tu dia la ketua.. Dia la yang boleh buat keputusan.. Tapi kitaorang ikut je.. Sebab dia ni pun boleh pakai.. Kalau bab macam ni dia memang tip top.. Shaz sendiri tak nafikan.. Jom ikuti perjalanan kitaorang..





Pemandu yang berhemat.. Dinie dan fariq slow la korang bawak..



Hazim tengok depan.. Dala kau bawa aku.. Kang tak pasal pasal kang..



Hah.. Da sampai pun.. Ok hazim keputusan ditangan anda.. Nak pergi mana dulu??



See.. KFC juga yang dituju.. Tapi takpe la.. Kelainan sikit.. KFC atas jejantas.. Bukan main lagi dinie.. 2 pinggan..



 Bagusnya ada hazim ni shaz selalu makan tak habis.. So dia dengan rela hati habiskan.. Tapi siap la nanti shaz dibebelkan sebab perut dia da buncit..




amboi sopan fariq kau makan ye.. hehe..


Perut sudah kenyang,, hati sudah girang.. Tapi hati ini da tak ingat nak study.. So hazim plan lain.. Tak kan la naik highway semata mata pergi jejantas tu ke.. Hazim dengan bangga berkata "Jom pergi Negeri Sembilan". 


Da sampai negeri sembilan.. Jom cari pantai..





Da sampai dekat pantai apa tah.. Tenang sungguh lihat ciptaan allah.. Tengok air laut geram macam nak mandi je.. Disebabkan pergi tanpa perancangan.. Dengan baju tak bawa.. So simpan jela niat tu.. Dapat jalan-jalan atas jambatan pun jadi la.. Next time nak pergi buat perancangan dulu baru boleh mandi.. So mengisi masa terluah dengan bergambar.. Hazim"Da jom balik ,, hari da nak gelap"..



Coretan : Motor fariq pancit masa nak gerak ke negeri sembilan.. Untuk bagi fariq tak malu tolak motor dia yang pancit sorang sorang.. Hazim pun dengan rela hati tolak motor dia.. Kira fariq tak la malu sangat.. Semangat setia kawan betul hazim ni..


Nota: Study smart bukan study hard.. Gud luck for all student for the final exam..

Saturday, April 23, 2011

MAKP

Assalamualaikum,, hrmm da berhabuk rupa nya blog shaz ni.. Sebab suda lama tak ber-update.. Tanpa isi isi berita yang baik atau pun buruk.. Entry kali ini.. Menceritakan tentang MAKP.. Bagi pelajar politeknik mesti korang tahu apa itu MAKP.. MAKP tu singkatan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk politeknik.. Ala majlis yang setiap penghujung semester.. Ada bagi bagi anugerah dekat pelajar yang terlebih bijak.. haha.. Sebenarnya shaz tak dapat apa apa anugerah pun.. Cuma dapat undangan je.. Hrmm undangan pun undangan la.. Asal kan dapat tunjuk muka.. So siapa yang datang mesti dengan tema yang ditetapkan.. Tema korporat Merah Hitam.. So seminggu sebelum anugerah shaz da gelabah cari baju apa semua.. haha... Mengalahkan artis.. Padahal jemputan je.. Tapi rakan rakan serumah tak kurang gaya nya.. Semua tak nak mengalah.. Cakap banyak tak guna.. Moh la saksikan..



Macam macam gaya nak tonjolkan tema



Kemain lagi.. Semua cari market je lebih(kecuali shaz haha)


Yang perempuan pun tak nak mengalah.




Aksi kita berdua.. Wajib tayang..



Yang ni pun wajib tayang.. Datuk dengan Datin.. (Perasan sebentar)




Orait itu sahaja cerita MAKP.. Sebenarnya banyak lagi gambar & cerita yang nak dikeluarkan.. Tapi malas da jadi sebahagian.. Buat Entry ni pun pepagi buta.. Memang merapuk la jawab nya..


Nota: Jangan berbelanja untuk benda yang jarang digunakan.. Berbelanja dengan jimat agar tak susah di hari kelak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...