Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Tuesday, December 13, 2011

Hari Kelima : 10 Wishes





Assalamualaikum.. Apa khabar.. Lama betul takupdate blog ni.. Sebab taktahu nak update apa.. Check punya check entry lama teringat game 10 Hari 10 Cerita .. Dah lama takde sambungan dia.. Dekat 5 bulan .. haha.. Okay Ikutilah di hari kelima..



10 Wishes List



1. Dapat anak (anak angkat pun jadilah)

 2. Kerja best best (nanti poket penuh je)

 3. Tolong family (itu janji shaz)

4. Berubah (setiap orang ada kesilapan dia)

5. Hidup bahagia (takde orang nak hidup sengsara kan)

6. Perniagaan sendiri (insyallah satu hari nanti)

7. Dimurahkan rezeki (kalau panjang umur)

8. Menuntut ilmu (semua orang nak kan)

 9. Serba boleh (buat macam macam benda)

10. Semua impian tercapai (amin)





Nota : Semua orang ada impian masing masing.. Anda bagaimana

Syukur Result Shaz




Assalamualaikum.. Shaz taktahu nak mula macam mana.. Ialah semalam baru je check result final exam semester 2.. Ni la hasilnya


Usaha yang shaz buat membuahkan hasil.. Mungkin result shaz taksehebat rakan rakan shaz.. Tapi bagi shaz rasa amat bersyukur sebab takperlu repeat paper.. Tapi agak terkilan juga sebab tak mencapai target 
ANUGERAH KETUA JABATAN ( AKJ ) 
yang memerlukan pointer 3.50 keatas.. Tapi tidak mengapa mungkin bukan rezeki berpihak pada shaz.. Mungkin semester akan datang.. Siapa tahu.. Yang penting HPNM kena jaga.. Kepada rakan rakan shaz.. Shaz amat bangga dengan pencapaian korang..


Nota : Kejayaan tidak datang tanpa usaha

Tuesday, November 22, 2011

Minggu Stress





Assalamualaikum.. Wah minggu minggu yang paling busy.. Sudah tentulah minggu saat akhir nak final exam.. Berbanding minggu minggu lain.. Tak macam minggu minggu assignment berlambak.. Boleh dikira boleh handle lagi.. Tapi minggu final exam lain.. Ialah time tulah waktu untuk menyesal.. Kata kata sering didengar "menyesal tak study awal awal", "banyak nak cover aku takbaca lagi".. Adat study suka tangguh tangguh.. Tapi takpe..

Orang kata study last minutes amat berkesan.. Tapi shaz boleh gerenti ia amat berkesan untuk shaz.. Tapi taktahu la korang.. Lain orang lain cara.. Tapi cara begini perlu banyak pengorbanan lah.. Adat berjaga sampai 5 6 pagi adalah perkara standard.. 




See betapa rajinnya kami.. 3 pagi pun mata tahan study di Mcd.. Semuanya gara gara "FINAL EXAM"


Nota : korang dapat AKJ taw..

Thursday, October 6, 2011

VIRUS !!!!


Arrrkkkk tidak... Lappy shaz kena virus... Sakit hati ada.. Pening kepala pun ada.. Mana taknya.. Memory phone, external, semua di jangkiti virus.. Sangat lah lemah.. Masa scan punya lah manis "your computer is clean".. Lega hati dengar kata kata manis mu.. Dah takpasal pasal hilang segala memori memori manis atas desakan mu wahai lappy untuk meng-format kan kau.. hahaha.. Nasiblah dah nak final exam so assignment dah takperlu guna lappy sangat.. Kalau takboleh sakit jiwa dibuatnya.. 

Okay lah.. Dah membebel panjang dah disini.. Rasa puas pula dapat luahkan disini.. Moga moga korang semua rajin rajin lah scan lappy korang sebab sekarang ni tempat shaz virus lappy sedang bergerak active ye.. hehe..


Mood : Dah nak final exam.. Study hard hard.. Good luck untuk pelajar pelajar politeknik..

Saturday, September 10, 2011

Manja




Assalamualaikum.. Harini rasa macam malas sangat.. Assignment dah berlambak menunggu giliran tuk disentuh.. Asyik bedal kuih raya kawan je.. Mood raya pun still ada.. Tapi nak balik JB pun agak payah dek kerana assignment yang terlalu banyak.. Simpan jela mood raya tu untuk tahun depan.. Ada takda online je kerja shaz ni.. Maklumla jejaka malaya..  Hahaha.. (bajet hot je) Korang gelak ke.. Tak percaya.. Cuba tengok..


Mereka ini berebut dekat shaz.. See tak percaya lagi ke..


Shaz cakap takpercaya.. Dah ada buktikan.. Ok.. Tu je entry kali ni.. Malas nak fikir banyak banyak.. Entry paling pendek kali ni.. Mood raya masih menebal.. Selamat Hari Raya kawan kawan..


Nota : Mood agak mengedik sikit..

Thursday, September 1, 2011

Merdeka Raya 2011




Assalamualaikum.. Hai semua.. Lama takupdate blog.. Sampai blog time puasa pun tak post langsung.. Ini semua gara gara kamsis takde wifi.. Broadband da kena curi.. Satu hal lagi laptop kena virus.. Hamek kau 6345 threats diternak dalam laptop..

Aksi cebik muka.. Haha

Dikesempatan ini shaz nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan yang ke54 kepada blogger blogger semua, kawan kawan shaz kenali dan terutama sekali mereka yang beragama Islam.. Semoga perayaan kita disambut dengan meriah dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.. Amin..

Tapi bagi shaz raya tahun ini kurang meriah mungkin faktor usia kot.. hehe.. Dapat cuti raya pun seminggu.. Raya ke7 dah ada kelas macam biasa.. Bosan.. Berlainan raya tahun lepas.. Sebab kena kerja time raya.. Walaupun kerja tapi seronok sebab semua staff pakai baju raya.. Cuma tahun ni je dapat raya dengan keluarga.. Alhamdulillah.. hrmm tapi raya tetap raya.. Tahun ni tema baju raya warna hitam.. So satu keluarga mesti sedondon.. Satu tradisi untuk keluarga shaz.. Wajid sedondon..

Budak kecil baju hijau anak sedara shaz.. Sebab tu lain colour..




Family yang sangat sweet.. Hehe..



From left: uda, mama & angah


Orang kata kami kapel.. Hehe



Abah & Mama


Begitulah keluarga kami.. Sedondon.. Hitam itu manis.. So kami keluarga yang sweet.. Biasalah waktu dipagi raya.. Sesi bersalaman , bermaafan berderai air mata wajid.. hehe.. Time tu jugalah best sebab dapat duit raya dari sedara terdekat.. Dah besar pun still dapat duit raya lagi.. hehe.. Selagi belum ada pendapatan tetap, boleh dapat duit raya lagi..



Nota : Kuih yang biasa shaz akan cari ialah Tart.. Sedap.. 1 balang pun shaz boleh  
             kerjakan.. hehe..




Saturday, August 13, 2011

Hari Keempat : 10 Things I Want To Say To A Person

Assalamualaikum.. Fuuhhhhh... Lama juga tak godeh blog ni.. Ini semua gara-gara Cik Anom & Shabery duk suruh update blog ni.. Hrmm rasa janggal pun ada sampai tak ingat font saiz yang selalu shaz guna.. Mana taknya dekat 2 bulan tak buka blog ni gara-gara takda broadband sendiri..

Ok berbalik kepada cerita asal.. Korang still ingat lagi tak games yang shaz main dulu tu.. Ala yang sehari satu cerita.. Dah lama kot takde sambungan cerita dia.. Kalau tak tahu klik  ni " 10 Hari 10 Cerita ".. Cerita ni pun da masuk hari yang keempat menceritakan pasal 10 perkara yang shaz nak ucapkan kepada seseorang..




1. Saya suka awak.. Hehehe.. Maksudnya dekat sini shaz sukar nak ucapkan perkataan ni dekat sesiapa pun.. Memang susah nak cakap.. Bukan nak cakap saya suka awak.. Tapi nak cakap saya suka kawan dengan awak.. Tak tahu la kenapa.. Sejak azali kot terdidik dengan sifat malu.

2. Saya nak ucap terima kasih.. Selalunya shaz akan ucap terima kasih dekat orang yang da tolong shaz.. Tolong buatkan assignment, tolong buatkan kerja, tolong bagi pinjam duit time pokai, tolong carikan awek (opppsss sorry yang ni reka sendiri ) & pelbagai jenis tolong.. Itu yang shaz akan hargai sesiapa yang tolong shaz..

3. Jangan dengki dengan saya.. Ok ni paling pantang la pada shaz.. Apa yang shaz dapat mesti dia nak jeles.. Kalau nak jeles tu boleh.. Shaz tak kisah.. Ni sampai nak dengki.. Dah dengki nak buruk buruk kan nama shaz.. Sape yang takboleh tahan kalau macam ni..

4. Tolong jangan benci saya.. Statement ni memang shaz akan simpan & remind pada diri sendiri walau dekat mana pun bumi yang shaz pijak.. Shaz akan jaga hati seorang kawan walau macam mana sekalipun.. Sebab shaz suka orang menyenangi shaz daripada membenci shaz..

5. Jangan puji saya lebih lebih.. Yang ni memang shaz tak nafikan  memang semua orang biasa kena puji.. Maksud shaz bukan taknak orang puji.. Tapi jangan berlebih lebih.. Sebab shaz takut shaz akan lupa daratan sampai menganggap diri shaz berada pada tahap tertinggi..

6. Awak saya taknak kahwin.. Hahaha.. Korang mesti terkejut baca statement ni.. Bukan memang taknak kahwin.. Shaz nak kahwin.. Tapi buat masa sekarang shaz malas nak fikir benda benda macam tu.. Fokus study dulu okay..




7. Minta maaflah pada saya.. Simple je.. Kalau sesiapa dah buat salah minta maaflah pada shaz.. Shaz takkisah kalau korang dah buat jahat macam mana pun pada shaz.. Kalau korang minta maaf shaz akan maafkan.. Shaz bukannya hati batu ye..

8. Hipokrit jangan depan saya.. Shaz taksuka la orang yang hipokrit.. Pura pura jadi orang lain.. Tak yakin pada diri sendiri.. Apa salahnya jadi diri yang sebenar.. Sekurang kurangnya orang lain tahu identiti diri sendiri kan.. Tak perlu lah kalau nak jadi perhatian kena jadi orang lain.. 

9. Saya suka coklat.. Tak tahu la kenapa shaz suka coklat.. Ikut perangai mama shaz kot.. Mana taknya jumpa coklat mesti nak beli.. Tak kisah la kuih coklat ke kek coklat shaz mesti nak beli..

10. Tolong ingatkan saya dekat Allah.. Yang ni juga shaz takkan lupa.. Tapi kalau shaz lupa sama sama la tolong ingat mengingati.. Shaz ni jenis pelupa.. Mungkin sebab banyak makan semut.. 




Nota : Entry paling susah nak Fikir.. hehehe..


Wednesday, June 15, 2011

Sipma IV ( Sukan Institusi Pendidikan Malaysia ) Part 2





Assalamualaikum.. Ok kali ni shaz still lagi dalam mood sipma.. Mana taknya baru 4 hari berlalu yang berlangsung hampir 2 minggu yang lalu bermula 31 Mei - 12 Jun.. Jadi bermula dari tarikh itu kami sebagai tuah rumah politeknik diwajidkan untuk menjadi sukarelawan lebih kurang 600 orang diperlukan.. 




Pada mula kami tak rela kerana kami dibahagikan mengikut acara tapi setelah melaluinya memang begitu menarik.. Pengalaman yang cukup mengujakan.. Dalam entry Sipma iv part 2 mengambarkan suasananya..




Persekitaran Perasmian Sipma di Stadium Hang Jebat Melaka


Maskot rasmi Sipma - Leo


Perarakan Kontinjen Tuan Rumah MSPM -Majlis Sukan Politeknik Malaysia


Kontinjen MASUM


Kontinjen MASISWA




Persembahan kebudayaan dari salah sebuah Politeknik


Datuk Seri Mohd Khalid Nordin - Menteri Pengajian Tinggi


Perasmian oleh Datuk Seri







Sorakan dari Sukarelawan Politeknik


Setelah perasmian dibuat.. Maka kejohanan Sipma pun bermula.. Sukarelawan sukarelawan lain dibahagikan mengikut acara masing masing.. Dan shaz terpilih untuk Squash..




Sukarelawan bahagian squash


Dan kerja yang senang.. Mop lantai bila pemain rehat.. Best..








Penat sebab kerja terlalu senang


Diam tak diam akhirnya Sipma melabuhkan tirai.. Majis penutup dilaksanakan di Dewan Politeknik Merlimau.. Mereka yang terlibat dijamuankan dengan makan malam yang enak.. Adat dalam pertandingan ada yang menang ada yang kalah.. Politeknik selaku tuan rumah terpaksa akur di tangga ketiga dalam keseluruhan acara.. Tapi bagi kami selaku sukarelawan amat berbangga dalam berkhidmat untuk para atlet..






Persekitaran Meja makan malam penutup Sipma


Akhirnya habis juga sipma.. Pada mula rasa macam taknak pergi tapi bila dah lalui memang seronok..


Murtab sebentar menjadi orang melaka..


CREDIT : Azsyakila Jamil sebab banyak sumbangkan gambar untuk entry kali ini..


Nota : Kenangan paling indah.. Shaz sendiri ditarik oleh EKIN AF untuk menari bersama.. Bukan 
           shaz yang volunteer.. Tapi ekin sendiri yang tarik.. Untung dalam ramai ramai pelajar shaz
           terpilih.. hehe..

Sipma IV (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia) Part 1




Assalamualaikum.. Wa dekat 2 minggu blog ni terbengkalai angkara Sipma.. Tiba tiba hari ni teringat akan blog yang ditinggalkan.. Hahaha.. Di sebab sibuk menjadi sukarelawan sampai terabai blog ni.. "Mana la orang nak tengok blog aq ni" bisik hati..



Ok korang mesti nak tahu apa cerita disebalik Sipma ni.. SIPMA IV ni singkatan bagi SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA.. Ia dilaksanakan secara besaran di Melaka Bandar Sejarah dan tuan rumah pada kali ini ialah Majlis Sukan Politeknik.. Bila sebut sipma je ramai orang teringat SUKMA.. Sukma dan Sipma lain ok.. Sukma ( Sukan Malaysia ) .. Sipma ni sukan bagi Institusi pengajian yang melibatkan perwakilan 7 kontinjen

1)  Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM )
2)  Majlis Sukan Sukan Sekolah ( MSSM )
3)  Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM )
4)  Majlis Sukan IPG Malaysia ( MSIPGM )
5)  Majlis Sukan IPT Swasta ( MASISWA )
6)  Majlis Sukan Kolej Komuniti ( MASKOM )
7)  Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia ( MSMM )

 7 acara dipertandingkan 
1) Badminton
2) Skuasy 
3) Olahraga 
4) Akuatik 
5) Tenpin Bowling  
6) Bola Sepak 
7) Hoki


Nota : Nantikan Sipma part 2..

Wednesday, May 25, 2011

Hari Ketiga : 10 Things I Hate






Assalamualaikum.. Serius entry kali ni memang susah sikit nak listkan.. Benda yang taksuka memang susah.. Tambah tambah google account takboleh buka.. Ok Ikuti kisah selanjutnya..







1) Shaz taksuka pada mereka yang Sombong.. Ok semua orang pun taksuka kalau orang disekeliling dia bersikap macam ni.. Padahal taraf sama , belajar tak tinggi mana ada hati nak jadi sombong.. Ok fine la kalau nak sombong.. Tapi bukan dengan shaz ok..


2) Ini paling shaz tak suka.. Orang yang Busuk Hati.. Busuk hati tu boleh.. Tapi jangan la sampai nak buruk kan orang tu.. Jaja cerita tak elok.. Kalau nak bersikap macam tu boleh.. Tak salah pun.. Tapi sendiri tanggung dosa ye..


3) Bajet.. Bajet dari segi apa... Bajet kaya.. Hrmm tak kisah la bajet kaya sebab duit tu duit kau.. Shaz tak suka orang yang Bajet Cantik / Bajet Hensem.. Kalau kau tu mat saleh ke , anak kacukan ke , shaz tak kisah.. Ini sama sama melayu.. Tak payah la bajet sangat.. Dah melayu tu melayu jela..


4) Ini pun shaz paling tak suka.. Macam Good Good je.. Konon perasan bagus sangat.. Kalau setakat markah lebih tinggi sikit lepas layan budak markah exam macam pandang rendah je takpayah.. Tak kemana pun hidup macam tu..




5) Kucing.. Bukan shaz benci.. Tapi memang takboleh nampak dia dekat dengan shaz.. Mula la shaz taksenang duduk.. Bukan apa takut pada cakaran dia.. Hahaha.. Trauma sebab dulu pernah kena gigit weyh..




6) Serius paling shaz takboleh tahan kena Marah.. Kalau salah tu memang terang terang salah shaz takkisah la.. Ini orang lain salah orang lain pula kena marah.. Mana boleh tahan macam ni..




7) Lupa Diri.. Boleh disamaertikan macam "kacang melupakan kulit".. Ini lagi satu sikap yang tidak patut diamalkan.. Tahu la kau belajar lagi tinggi.. Takkan la dah takperlu tegur lagi.. We dunia ni kecil je.. Pusing pusing jumpa balik..




8) Satu lagi benda yang shaz taksuka Orang Tak Beradab.. Contoh "Kau ni buat kerja lembab.. Macam bodoh".. Peyh memang berbisa kalau dengar.. Takkisah la ditujukan kepada shaz ke atau member shaz sendiri.. Hello Mak bapak korang takajar adab ke..




9) Dari segi pemakanan pula.. Shaz takcerewet sangat.. Cuma shaz memang taksuka Kopi.. Serius bau dia dah cukup buat shaz nak muntah apatah lagi nak minum.. Bagi shaz kopi ialah air yang paling taksedap di dunia..




10) Ini satu benda yang shaz takboleh ubah tabiat.. Shaz taksuka Tidur Awal.. Hahaha.. Memang taktahu la kenapa.. Tambah tambah cuti semester.. Memang shaz taktidur sampai esok pagi la..




Nota : Sekian untuk hari ini.. Sebenarnya entry kali ni memang susah gila nak fikir.. 











Monday, May 23, 2011

Hari kedua : 10 Things I Love





Assalamualaikum.. Wah pejam celik pejam celik dah nak pertengahan tahun.. Dan hari ini kalau nak dihitung merupakan hari kedua game yang shaz buat.. Sebenarnya ni bersambung daripada entry sebelum ni "Hari pertama : 10 Things About Syazrien Aidzam".. Dan hari ini bersambung untuk hari kedua..




Straight to the point.. 


1) Sayang shaz yang pertama of course la Family shaz.. Anak mana yang tak sayang dekat family dia.. Walau ego macam mana pun seseorang tu.. Perasaan sayang tetap ada.. Tipu la kalau sedetik pun takde perasaan sayang.. Kalau takde memang korang jenis yang takde perasaan..







2) Sayang shaz dekat Classmate shaz memang tak berbelah bagi.. Tak kisah la classmate sekolah, tuisyen, or politeknik.. Dengan classmate la kita membina identiti diri.. Macam macam perangai kita jumpa yang membuat kan kita menjadi diri sendiri, tak berpura pura dan membuatkan kita menjadi semakin matang..




3) Antara benda yang shaz tak boleh jumpe ialah Chocolate.. Yes shaz memang peminat chocolate.. Tapi bukan la tahap fanatik sangat.. Apa yang membuatkan shaz suka pada chocolate sebab dia manis dan boleh buat orang tu lupa pada masalah untuk seketika.. Tak percaya ?? Cuba la..




4) Antara percaya atau tidak shaz sangat sayang dengan Housemate shaz yang dekat politeknik.. Dari situ juga la shaz belajar hidup berdikari.. Selalu hidup dengan family.. Tapi berkat kawan kawan menguatkan lagi diri shaz yang boleh berdikari.. Dulu ada juga terfikir kalau kalau kena buli.. Tapi bila kita dah kenal boleh dikatakan macam adik beradik..




5) Kalau nak diikutkan shaz ramai Kawan Perempuan.. Mereka pernah mewarnai hidup seharian shaz.. Tapi secara sedar atau tidak bukan semua yang boleh menjadi akrab.. Membantu tatkala shaz susah.. Terima Kasih Azreena ( Seorang pendengar yang terbuka) , Amira , Anum Aqilah , Alya Hanisah ( Mereka yang bersama sama tatkala shaz gembira & sedih ).. Terima kasih korang.. Shaz sayang korang..




6) Inspirasi shaz pada mereka cukup mendalam.. Abang Angkat adalah inspirasi bagi shaz.. Mereka adalah penguat semangat shaz untuk tempuh dugaan hidup.. Masakan tidak shaz merupakan anak sulung.. Shaz perlu sokongan mereka yang terlebih dahulu makan garam.. Menjadikan kisah mereka sebagai pengajaran.. Shaz hargai pengorbanan mereka.. Shah Green & Herry Mohd.. Anda memang hebat dimata shaz..




7) Alif & Shahrin merupakan Kawan Lelaki shaz yang paling rapat la.. Diaorang kalau pergi mana mana mesti bersama.. Kitaorang memang boleh dikatakan serasi.. Haha.. Sama kepala.. Tapi nak kata akrab macam dulu tak la sangat sebab masing masing ada kerjaya sendiri.. Mana sorang kerja mana sorang sambung belajar.. 




8) Dalam banyak banyak subjek.. Subjek kegemaran shaz semestinya Account & Math.. Sebab apa mungkin sebab shaz suka mengira kot.. Haha.. Best kalau tahu semua jalan kira kira.. Lagi best kalau dapat jawapan tepat.. Lagi satu shaz tak suka subjek subjek membaca.. Serius lembab sikit.. Mungkin kekurangan shaz dekat sini kot..





9) Shaz suka Bantal Bucuk shaz.. Haha.. Ala takkan masa korang kecil kecil korang takde bantal kegemaran.. Ada kan.. Haha.. Bantal busuk shaz tu shaz akan bawa kemana mana je.. Even duduk dengan housemate pun.. Sebab bau dia da sebati dengan shaz.. Bayangkan la bantal tu dari form 2.. Haha.. Sampai la sekarang.. 





10) Semestinya shaz sayang pada agama shaz sendiri iaitu Islam.. Mana tak dari shaz lahir shaz da pun islam.. Shaz berasa sangat beruntung sebab agama islam.. Mungkin korang ada pandangan korang sendiri.. Fikir fikirkan la..




Nota : Kepada mereka yang tiada didalam list.. Shaz still ingat korang ye.. Cuma terlalu ramai untuk dimuatkan.. Tak bermakna shaz lupa kan korang..

Saturday, May 21, 2011

Hari Pertama : 10 Things About Syazrien Aidzam




Assalamualaikum.. Korang masih ingat lagi kan game yang shaz cakap tadi.. Memang seronok kot main game ni.. Yela tengah kering kering idea apa yang perlu di update dekat blog ni.. Dengan adanya game ni.. Free free je idea apa yang perlu di update selama 10 hari ni.. Ok ikuti la cerita selanjutnya..




1) Macam korang tahu nama shaz sebenarnya Syazrien Aidzam.. Masa dekat sekolah dulu orang suka panggil syazrien atau aidzam je.. Tapi sekarang ni da semakin matang kan.. Orang just panggil shaz je.. Sebab apa.. Shaz pun tak tahu.. Mungkin kawan kawan senang kot nak panggil.. Takde la terbelit belit nak sebut dengan betul s.y.a.z.r.i.e.n.


2) Bercerita mengenai Pendidikan memang banyak kot cerita dia.. Mana tidaknya.. Banyak kali pindah sekolah.. Then masuk sekolah rendah shaz ada dua sekolah.. Mula mula dekat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Batu, Bukit Batu.. Sekolah tu dekat kampung shaz.. Masa tu shaz duduk dengan nenek dekat kampung.. Sampai darjah 3.. Then masuk darjah 4 shaz tukar sekolah dekat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kulai 2.. Sampai darjah 6.. Alasan shaz pindah sebab jauh sangat dengan family.. So pindah sekolah sebab nak duduk dengan family.. Masuk alam menengah pula SMK Kulai Besar.. Sampai form 3.. Then tukar ke SM Teknik Perdagangan Johor Bahru.. Ambil kos pengurusan perniagaan sebab kan minat shaz sanggup tukar sekolah.. Habis je SPM try ambil form 6 dekat STARP.. Tapi tak lama sebab dapat offer pergi politeknik.. So sekarang ni shaz melanjutkan pelajaran dekat politeknik untuk 3 tahun..


3) Apabila ada je masa lapang shaz lebih suka menghabiskan masa dengan Melukis.. Biasanya shaz akan lukis reka bentuk wanita.. Best sambil sambil release tension kan.. Terasa sangat puas bila shaz melukis sebab dengan cara macam tu shaz luahkan perasaan..


4) Seorang yang pendiam.. Betul shaz sendiri tak nafi kan yang shaz ni memang pendiam.. Kawan kawan shaz pun tahu.. So kalau yang baru berkenalan pun akan ambil masa untuk sesuaikan diri.. Sampaikan dapat title "Blur sifaf"..




5) Mengenai Cita Cita pula sebenarnya memang banyak kot.. Yela korang mesti kaya dengan cita cita.. Kalau ikutkan masa kecil kecil dulu macam macam la.. Pernah nak jadi pilot, pengurus perniagaan, pramugara, doktor dan macam macam lagi..  Tapi bila usia pun meningkat.. Cita cita pun berubah.. Kalau ikutkan minat dan hati shaz memang nak jadi Pereka Fesyen Muslimah.. Yang tinggi kan.. Tapi dapat Dip Perniagaan Antarabangsa.. So harapan tinggal harapan jela.. Mungkin tunggu sambung ijazah kot baru ambil kos tu..


6) Zodiak kelahiran shaz pula ialah Leo.. Shaz tak banyak tahu tentang zodiak ni sebenarnya.. Just tahu biasa biasa je.. Ni pun copy dari wikipedia.. Leo dianggap sebagai zodiak maskulin oleh ahli astrologi purba.. Hrmm boleh percaya ke.. haha..




7) Shaz juga boleh Berbahasa Mandarin.. Haha.. Dah nama pun sekolah cina mesti tahu bahasa yang digunakan.. Tak dinafikan awal awal dulu memang susah nak belajar.. Tapi orang cina ni bagus sebab tak lokek ilmu.. Belajar sama sama.. Sampai la sekarang.. So kalau ada orang cina mengumpat ke senang la nak pasang telinga..


8) Ni pun patut di cerita kan.. Shaz ni ada Masalah Berat Badan kot.. Yela mana tidaknya.. Makan banyak ke.. Makan lewat malam ke.. Makan banyak ke.. Tapi berat badan still maintain.. Dah la kurus kering pula tu.. Hrmm macam macam cara dah shaz dah buat.. Makan ubat la segala bagai tapi sama je last last give up..


9) Pendengar Setia.. Shaz suka sangat dengar cerita cerita kawan kawan lagi lagi kawan shaz tu ada masalah.. Shaz akan sedaya upaya untuk tolong dia dengan bagi nasihat yang cukup.. Sebab tu di Poli shaz join PRS ( Penbimbing Rakan Sebaya).


10) Dalam Adik Beradik pula shaz anak pertama daripada 4 org adik beradik.. Memang banyak tanggungjawab.. Mana nak fokus study.. Mana nak tengok perkembangan adik adik yang lain.. Ialah kalau bukan shaz siapa lagi kan..



Nota : Ikuti la kisah selanjutnya dalam "10 Perkara 10 hari"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...