Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Saturday, August 13, 2011

Hari Keempat : 10 Things I Want To Say To A Person

Assalamualaikum.. Fuuhhhhh... Lama juga tak godeh blog ni.. Ini semua gara-gara Cik Anom & Shabery duk suruh update blog ni.. Hrmm rasa janggal pun ada sampai tak ingat font saiz yang selalu shaz guna.. Mana taknya dekat 2 bulan tak buka blog ni gara-gara takda broadband sendiri..

Ok berbalik kepada cerita asal.. Korang still ingat lagi tak games yang shaz main dulu tu.. Ala yang sehari satu cerita.. Dah lama kot takde sambungan cerita dia.. Kalau tak tahu klik  ni " 10 Hari 10 Cerita ".. Cerita ni pun da masuk hari yang keempat menceritakan pasal 10 perkara yang shaz nak ucapkan kepada seseorang..




1. Saya suka awak.. Hehehe.. Maksudnya dekat sini shaz sukar nak ucapkan perkataan ni dekat sesiapa pun.. Memang susah nak cakap.. Bukan nak cakap saya suka awak.. Tapi nak cakap saya suka kawan dengan awak.. Tak tahu la kenapa.. Sejak azali kot terdidik dengan sifat malu.

2. Saya nak ucap terima kasih.. Selalunya shaz akan ucap terima kasih dekat orang yang da tolong shaz.. Tolong buatkan assignment, tolong buatkan kerja, tolong bagi pinjam duit time pokai, tolong carikan awek (opppsss sorry yang ni reka sendiri ) & pelbagai jenis tolong.. Itu yang shaz akan hargai sesiapa yang tolong shaz..

3. Jangan dengki dengan saya.. Ok ni paling pantang la pada shaz.. Apa yang shaz dapat mesti dia nak jeles.. Kalau nak jeles tu boleh.. Shaz tak kisah.. Ni sampai nak dengki.. Dah dengki nak buruk buruk kan nama shaz.. Sape yang takboleh tahan kalau macam ni..

4. Tolong jangan benci saya.. Statement ni memang shaz akan simpan & remind pada diri sendiri walau dekat mana pun bumi yang shaz pijak.. Shaz akan jaga hati seorang kawan walau macam mana sekalipun.. Sebab shaz suka orang menyenangi shaz daripada membenci shaz..

5. Jangan puji saya lebih lebih.. Yang ni memang shaz tak nafikan  memang semua orang biasa kena puji.. Maksud shaz bukan taknak orang puji.. Tapi jangan berlebih lebih.. Sebab shaz takut shaz akan lupa daratan sampai menganggap diri shaz berada pada tahap tertinggi..

6. Awak saya taknak kahwin.. Hahaha.. Korang mesti terkejut baca statement ni.. Bukan memang taknak kahwin.. Shaz nak kahwin.. Tapi buat masa sekarang shaz malas nak fikir benda benda macam tu.. Fokus study dulu okay..




7. Minta maaflah pada saya.. Simple je.. Kalau sesiapa dah buat salah minta maaflah pada shaz.. Shaz takkisah kalau korang dah buat jahat macam mana pun pada shaz.. Kalau korang minta maaf shaz akan maafkan.. Shaz bukannya hati batu ye..

8. Hipokrit jangan depan saya.. Shaz taksuka la orang yang hipokrit.. Pura pura jadi orang lain.. Tak yakin pada diri sendiri.. Apa salahnya jadi diri yang sebenar.. Sekurang kurangnya orang lain tahu identiti diri sendiri kan.. Tak perlu lah kalau nak jadi perhatian kena jadi orang lain.. 

9. Saya suka coklat.. Tak tahu la kenapa shaz suka coklat.. Ikut perangai mama shaz kot.. Mana taknya jumpa coklat mesti nak beli.. Tak kisah la kuih coklat ke kek coklat shaz mesti nak beli..

10. Tolong ingatkan saya dekat Allah.. Yang ni juga shaz takkan lupa.. Tapi kalau shaz lupa sama sama la tolong ingat mengingati.. Shaz ni jenis pelupa.. Mungkin sebab banyak makan semut.. 




Nota : Entry paling susah nak Fikir.. hehehe..


8 comments:

๑۩۩๑ AlL AbOuT Me ๑۩۩๑ said...

pe yg hnag kalot na ni???? cek x pam la....???

╭∩╮(︶ε︶メ)╭∩╮
hahahahahahahhahahah!!!
amek ni.....

Syazrien Aidzam said...

ape yg ko xfhm..
xreti bace ea...

Syazrien Aidzam said...

ape yg ko xfhm..
xreti bace ea...

๑۩۩๑ AlL AbOuT Me ๑۩۩๑ said...

apo sebenaknye yang hang nk cuba smpaikn kat cek.... cek x pam la.... awat hang dok loklak situ sini....

Syazrien Aidzam said...

aq pn xfhm pe yg ko xfhm.. hahaha..

zulaiqah said...

best lak ble bce blog adik syaz nie....pe p0n smrt loh blog adik

zulaiqah said...

best lak ble bce blog adik syaz nie....pe p0n smrt loh blog adik

Anum Aqilah said...

shaz..
berry tu loklaq..
aq pon xphm ape yg die xphm.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...