Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Saturday, May 21, 2011

Hari Pertama : 10 Things About Syazrien Aidzam




Assalamualaikum.. Korang masih ingat lagi kan game yang shaz cakap tadi.. Memang seronok kot main game ni.. Yela tengah kering kering idea apa yang perlu di update dekat blog ni.. Dengan adanya game ni.. Free free je idea apa yang perlu di update selama 10 hari ni.. Ok ikuti la cerita selanjutnya..




1) Macam korang tahu nama shaz sebenarnya Syazrien Aidzam.. Masa dekat sekolah dulu orang suka panggil syazrien atau aidzam je.. Tapi sekarang ni da semakin matang kan.. Orang just panggil shaz je.. Sebab apa.. Shaz pun tak tahu.. Mungkin kawan kawan senang kot nak panggil.. Takde la terbelit belit nak sebut dengan betul s.y.a.z.r.i.e.n.


2) Bercerita mengenai Pendidikan memang banyak kot cerita dia.. Mana tidaknya.. Banyak kali pindah sekolah.. Then masuk sekolah rendah shaz ada dua sekolah.. Mula mula dekat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Batu, Bukit Batu.. Sekolah tu dekat kampung shaz.. Masa tu shaz duduk dengan nenek dekat kampung.. Sampai darjah 3.. Then masuk darjah 4 shaz tukar sekolah dekat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kulai 2.. Sampai darjah 6.. Alasan shaz pindah sebab jauh sangat dengan family.. So pindah sekolah sebab nak duduk dengan family.. Masuk alam menengah pula SMK Kulai Besar.. Sampai form 3.. Then tukar ke SM Teknik Perdagangan Johor Bahru.. Ambil kos pengurusan perniagaan sebab kan minat shaz sanggup tukar sekolah.. Habis je SPM try ambil form 6 dekat STARP.. Tapi tak lama sebab dapat offer pergi politeknik.. So sekarang ni shaz melanjutkan pelajaran dekat politeknik untuk 3 tahun..


3) Apabila ada je masa lapang shaz lebih suka menghabiskan masa dengan Melukis.. Biasanya shaz akan lukis reka bentuk wanita.. Best sambil sambil release tension kan.. Terasa sangat puas bila shaz melukis sebab dengan cara macam tu shaz luahkan perasaan..


4) Seorang yang pendiam.. Betul shaz sendiri tak nafi kan yang shaz ni memang pendiam.. Kawan kawan shaz pun tahu.. So kalau yang baru berkenalan pun akan ambil masa untuk sesuaikan diri.. Sampaikan dapat title "Blur sifaf"..




5) Mengenai Cita Cita pula sebenarnya memang banyak kot.. Yela korang mesti kaya dengan cita cita.. Kalau ikutkan masa kecil kecil dulu macam macam la.. Pernah nak jadi pilot, pengurus perniagaan, pramugara, doktor dan macam macam lagi..  Tapi bila usia pun meningkat.. Cita cita pun berubah.. Kalau ikutkan minat dan hati shaz memang nak jadi Pereka Fesyen Muslimah.. Yang tinggi kan.. Tapi dapat Dip Perniagaan Antarabangsa.. So harapan tinggal harapan jela.. Mungkin tunggu sambung ijazah kot baru ambil kos tu..


6) Zodiak kelahiran shaz pula ialah Leo.. Shaz tak banyak tahu tentang zodiak ni sebenarnya.. Just tahu biasa biasa je.. Ni pun copy dari wikipedia.. Leo dianggap sebagai zodiak maskulin oleh ahli astrologi purba.. Hrmm boleh percaya ke.. haha..




7) Shaz juga boleh Berbahasa Mandarin.. Haha.. Dah nama pun sekolah cina mesti tahu bahasa yang digunakan.. Tak dinafikan awal awal dulu memang susah nak belajar.. Tapi orang cina ni bagus sebab tak lokek ilmu.. Belajar sama sama.. Sampai la sekarang.. So kalau ada orang cina mengumpat ke senang la nak pasang telinga..


8) Ni pun patut di cerita kan.. Shaz ni ada Masalah Berat Badan kot.. Yela mana tidaknya.. Makan banyak ke.. Makan lewat malam ke.. Makan banyak ke.. Tapi berat badan still maintain.. Dah la kurus kering pula tu.. Hrmm macam macam cara dah shaz dah buat.. Makan ubat la segala bagai tapi sama je last last give up..


9) Pendengar Setia.. Shaz suka sangat dengar cerita cerita kawan kawan lagi lagi kawan shaz tu ada masalah.. Shaz akan sedaya upaya untuk tolong dia dengan bagi nasihat yang cukup.. Sebab tu di Poli shaz join PRS ( Penbimbing Rakan Sebaya).


10) Dalam Adik Beradik pula shaz anak pertama daripada 4 org adik beradik.. Memang banyak tanggungjawab.. Mana nak fokus study.. Mana nak tengok perkembangan adik adik yang lain.. Ialah kalau bukan shaz siapa lagi kan..



Nota : Ikuti la kisah selanjutnya dalam "10 Perkara 10 hari"

2 comments:

nadiya musa said...

HAHA , takboleh tahan yang pasal berat badan tuuu . tergelak gelak baca :D

shaz said...

alamak kena gelak..
hahaha..
memang pn..
susa gler bdn ni nk naik.. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...