Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Saturday, May 14, 2011

KulaiJaya-10 Lelaki bergilir gilir merogol murid tingkatan 1

Assalamualaikum.. Wah penat betul hari ni.. Baru nak bangun tidur ke shaz.. Tengok jam tu pukul berapa ?? Hah!! Pukul 3.. Kalau 3 pagi  ok lagi.. Tapi ni pukul 3 petang la.. Iskh iskh iskh.. Itu la time malam jadi burung hantu tak nak tidur.. Bila pukul 7 baru nak tidur..

Ok stop shaz.. Banyak pula yang dibebelkan ni.. Straight to the point asal.. Hrmm cakap pasal rogol ni.. Dah terlalu banyak kita disajikan cerita cerita macam ni.. Dah nak jemu.. Tapi apa yang membuatkan shaz tertarik nak buat entry kali ni.. Ia berlaku di kulaijaya.. Maksudnya tempat tu tempat shaz sendiri.. Semalam semasa shaz tengok tv.. Adik shaz cerita yang sekolah dia dan merangkap sekolah lama shaz juga ada budak 13 tahun kena rogol.. Shaz tak tahu la cerita ni betul ke tidak.. Tanpa membuang masa shaz check dekat sinar harian akhbar.. Dan ternyata..


KULAIJAYA – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun. 

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu. 

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu. 

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan. 

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan dibacakan terhadap ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret, Zainon Anuar dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini. 

Sementara itu, tujuh lagi remaja yang terbabit diletakkan di bawah perlindungan dan pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa berkenaan ditemani rakan-rakannya untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dua hari menjalin hubungan cinta dengannya pada malam kejadian. 

Bagaimanapun, mangsa dirogol oleh teman lelakinya sebaik sahaja tiba di tempat kejadian dan turut dicabul oleh rakan-rakan teman lelakinya itu.





Nota : Jangan cari masalah sendiri ye.. Beringat ingat la semua kaum hawa..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...