Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Monday, April 25, 2011

Aib lelaki yang boleh ditutup

Aik rasanya minggu ni banyak pulak idea mencurah curah nak di postkan.. Maklum la final exam da lepas.. So da takde tekanan la.. Kalau tak mesti asyik mengadap buku je.. Hrmm ni entry kali shaz nk kongsi sikit apa yang shaz jumpa dekat facebook.. Dia macam tips jugak la.. Maybe bole dipraktikkan di masa depan.. Tak gitu.. 

Masa tengah buka facebook.. Tiba tiba terjumpa satu article ni.. First tengok tajuk dia macam article biasa je.. Tapi menarik pulak.. Mungkin benda ni korang pernah lalui.. Ok cukup cukup la membebel tu shaz.. Kang ada yang taknak baca pulak..




MENANGIS

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.Tengok bro dekat atas tu. Selamba je nangis.




TERJATUH


Semasa kecil, jika korang terjatuh, mesti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay? Pandai pandai la keletong.




PENDEK



Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna,korang tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti korang yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin korang tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi korang ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Korang mungkin pilihan mereka!





JERAWAT


Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.


Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk
perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai korang memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.





DIHINA

Wanita yang korang sukai menghina korang dan menolak cinta korang. Begitu juga dengan majikan korang yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu korang akan malu dan ingin memarahi mereka semula.



Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina korang, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama korang.



Nota: Setiap kejadian allah pasti ada kekurangan dan kelebihan. Jadi apa yang telah terjadi kita terima dengan redha dan hati yang terbuka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...