Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Saturday, April 23, 2011

MAKP

Assalamualaikum,, hrmm da berhabuk rupa nya blog shaz ni.. Sebab suda lama tak ber-update.. Tanpa isi isi berita yang baik atau pun buruk.. Entry kali ini.. Menceritakan tentang MAKP.. Bagi pelajar politeknik mesti korang tahu apa itu MAKP.. MAKP tu singkatan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk politeknik.. Ala majlis yang setiap penghujung semester.. Ada bagi bagi anugerah dekat pelajar yang terlebih bijak.. haha.. Sebenarnya shaz tak dapat apa apa anugerah pun.. Cuma dapat undangan je.. Hrmm undangan pun undangan la.. Asal kan dapat tunjuk muka.. So siapa yang datang mesti dengan tema yang ditetapkan.. Tema korporat Merah Hitam.. So seminggu sebelum anugerah shaz da gelabah cari baju apa semua.. haha... Mengalahkan artis.. Padahal jemputan je.. Tapi rakan rakan serumah tak kurang gaya nya.. Semua tak nak mengalah.. Cakap banyak tak guna.. Moh la saksikan..



Macam macam gaya nak tonjolkan tema



Kemain lagi.. Semua cari market je lebih(kecuali shaz haha)


Yang perempuan pun tak nak mengalah.




Aksi kita berdua.. Wajib tayang..



Yang ni pun wajib tayang.. Datuk dengan Datin.. (Perasan sebentar)




Orait itu sahaja cerita MAKP.. Sebenarnya banyak lagi gambar & cerita yang nak dikeluarkan.. Tapi malas da jadi sebahagian.. Buat Entry ni pun pepagi buta.. Memang merapuk la jawab nya..


Nota: Jangan berbelanja untuk benda yang jarang digunakan.. Berbelanja dengan jimat agar tak susah di hari kelak


Tuesday, February 1, 2011

Akrabnya kita

Waktu silih berganti.. Shaz terasa baru semalam je kita kenal.. Rupa-rupanya da rapat giler.. Thanks korang sebab bagi peluang kat shaz untuk berkawan dengan korang.. Hrmm seronok bila ramai kawan ni.. Apa-apa masalah boleh kita bertanya.. Jadi entri kali ni shaz nak tunjuk betapa rapatnya kita.


Seronok bile kita mula kenal satu sama lain.




Bila da kenal perangai masing-masing



Da takde masalah untuk bergaul
(tapi kami still jaga pergaulan kami)




Bile study,, kita sama sama study



 Bile sorang stress,, yang lain semua ikut stress



kekadang orang ingat kita adik beradik
(sebab setiap bersama)



kita berkawan tak kira beza warna kulit





kita berkawan tak kira beza agama




Yang penting niat nak berkawan itu suci


Hanya ini la sahaja coretan yang dapat shaz masukkan dalam entry kali ni.. Kepada yang tiada di dalam entry ni shaz mintak maaf tak dapat masukkan semua sebab terlalu banyak.. Tapi yang penting kita still kawan sampai bila.. Jadi kita hargailah kawan yang kita ada sekarang.



Jadi beringat ingat lah shaz.. Sementara kita ada kawan yang baru ni jangan lupa kan kawan yang lama.. Kerana tiada mereka tiada la semangat pergaulan kita.. Hehehe.. (Da mula merepek).. Apa apa pun berkawan biar beribu,, bermusuh jangan la..



Nota: Jangan ambil kesempatan diatas kesempitan kawan.. :P

Saturday, December 18, 2010

Politeknik Melaka the best

Tiga minggu telah berlalu.. Hampir sebulan juga la shaz berada di IPTA. Ini bermakna juga shaz da lama tak update entry ni.. Hrmm cukup seronok juga la pabila kita melanjutkan pelajaran ni.. Rasa macam pengalaman yang cukup bermakna.. Jumpa kawan baru yang mana mereka tergolong dalam berbagai bangsa, negeri yang berbeza, percakapan mereka.. Cukup mngujakan..Ok berbalik kepada cerita asal yang shaz bagi tahu..


Hehe.. Ada gaya business man tak?? Hah.. Kod peraturan masuk ke bilik kuliah:
Baju kemeja, Bertali leher..


DPI 1A
Otak otak bisnes ni.. Semua muka muka akaun ni.. Kalis baik punya..
BERGAYA SEMATA MATA




See.. Bergaya semata mata




Group assignment & presentation yang paling mengujakan..
Sedondon beb



Tapi happy happy juga,, study jangan lupa taw.. Tadi bercerita mengenai di dalam kelas.. Agak bosan la.. sekarang shaz nak bercerita  diluar kelas.. Hah ni happy sikit..




Mereka yang sempoi



Mereka yang gila gila.. Kalau kat kelas tu bising dia,,  tak tahu nak cakap.. Faham faham la





Walaupun berlainan bangsa,, Kami tetap bersatu..


walaupun ada yang umur berbeza,, Tapi kami tetap sama..






Mereka yang tak kenal erti malu( kira selamba je)




Jauh pemandangan,, Luas pengalaman,, dalami ilmu pengetahuan.. Memang menyeronokan alam pembelajaran ni.. Semua pengalaman kita rasa.. Kawan yang macam macam bole kita jumpe.. 



Penjelajahan melaka


satu,dua,tiga tembak..

1 Malaysia


Okla da tak nak panjang lebar,, kang takde yang nak baca.. Cuma shaz nak kongsi kan pengalaman shaz.. memang syok la..

Saturday, November 27, 2010

Melaka.. Wait for Me..

hai semua,, apa kabar,, anda sihat?? haha.. shaz berasa sangat gembira hari ini.. shaz bakal menjadi pelajar politeknik kota melaka.. hrmm turn utk shaz belajar.. hah amek la nanti assignment belambak.. memang cukup mencabar la hidup sebagai pelajar.. shaz terpaksa korbankan segalanyer.. tinggalkan keluarga,, tinggalkan kekawan yang berada di johor atau yang sedang melanjutkan pelajaran.. bye bye jb.. come come melaka..



bye bye.. rindu la nanti kt korang

Wednesday, November 24, 2010

Hari-hari terakhir ku

Tanggal  21 November 2010.. Tamat la suda perkhidmatan shaz sebagai service di Pizza Hut.. Setelah menjalankan perkhidmatan selama lapan bulan.. Kini tiba la masa untuk shaz mengundurkan diri.. Dalam hari-hari akhir shaz ini.. Berbagai perkara yang shaz tempuhi.. Shaz mendapat pengalaman yang sangat mengujakan.. Bila dikenang terasa manis, pahit yang sukar dilupa.. Dicaci, dimaki, dimarahi dan tidak terkecuali dipujian dengan pujian yang membuatkan shaz jadi kembang.. Rakan sepasukan di pizza hut team memang mengujakan.. Ibarat satu keluarga yang tidak mungkin akan dilupakan.. Terasa kesayuan membelenggu jiwa tatkala shaz melangkah kaki untuk kali terakhir perkhidmatan shaz..



kekawan jaga la pizza baik baik ok!!


walaupun kita akan berada jauh nanti


korang tetap dalam hati shaz.. teringat time susah & senang


shaz doakan korang sume good luck dalam kerjaya masing masing..shaz da tak de lagi..shaz da tak boleh lagi ketawa dengan korang..

kekawan shaz pergi dulu.. 3 tahun akan datang kita bersua lagi.. haha.. macam pergi jauh je..




Alep, Meera, Gaga, Zima, Kak.Raiha, Kak.Ct, Kak.Ani, Kak.Mala, Kak.Bell, Faiz, Adan, Delower, Kecik, Awe, Nafi, Gewe, Nazri, Sir Fauzi, Abg Min..
Kekawan lain reen, zarul, fahmi, rien, dan mereka yang mengenali..
Belajar elok elok..
Shaz akan merindui korang sampai bila bila..

Wednesday, November 17, 2010

Renungan

shaz nk citer sikit..
manusia tak cipta bumi, langit pun tak.
manusia tak mampu beli udara untuk nyawa.
walau duit berkepuk dekat bank.
manusia terer macam manapun
mintak tolong tuhan bila sakit.
bertasbihlah... jangan kedekut haji bakhil..

shaz nk citer sikit lagi..
walau berjuta-juta manusia atas muka bumi.
allah kurniakan ibu jari.
sorang sorang boleh cam identiti.
walau canggih kita dengan teknologi.
allah hantar kuman dan nyamuk sekecik cili api.
kita kelam kabut takde tempat sembunyi.
kita ni hamba je.. banyak bende yang kita tak reti.

jangan asyik dok hepi sakan.
jangan dok buat tak tau peringatan
yang sementera itu kita
yang kekal itu tuhan

Tuesday, November 2, 2010

Suasana muram bertukar ceria

Pagi 2hb November 2010
Semasa shaz baru je bangun tido.. dalam pukul 1 ptg kot.. satu surat telah melayang ke peti surat ruma shaz.. adoi surat ape pulak ni.. besar gedabak.. tapi yang peliknye tulisan alamat ruma tu tulisan shaz.. surat ape ni.. bile shaz buka hahaha... hati bukan main girang lagi.. selama ini benda yang shaz tgu telah tiba.. rupa rupanye surat tu dari pihak politeknik.. semua yang berkaitan dengan kemasukan ke politeknik telah pun dihantar.. setelah sekian lama menunggu akhirnye tiba juga.. tapi yang tak bestnyer.. orang lain da pun nak cuti sem.. shaz pulak baru nak start sambung belaja.. adoi.. tak pe la.. "lambat pun lambat la shaz.. yang penting ko belajar"( bisik dalam hati).. so dengan berita ini juga shaz kongsi kan bersama keluarga, kawan.. hrmm semua shaz bagi tau.. disebabkan shaz bagi tau dengan semua orang.. kawan kawan sekerja shaz bawak shaz jalan jalan.. adoi balik pukul 4 pagi... dah tu tido lambat.. alamatnya bangun pukul 1 ptg la.

makan makan setelah pulang dari tempat kerja


air epal sedap

pasangan warga emas

muka kepenatan

bueekk no komen

aksi manja sikit


tu cerita yang dapat shaz kongsi kan.. tak banyak.. tapi pengalaman yang cukup mengujakan.. hope so korang pun ada pengalaman manis masing masing..

Nota: Sentiasa la pandai bawak diri.. kerana kita yang membawa diri kita bukan orang lain.. haha.. ape yang shaz merepek ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...