Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Tuesday, November 22, 2011

Minggu Stress





Assalamualaikum.. Wah minggu minggu yang paling busy.. Sudah tentulah minggu saat akhir nak final exam.. Berbanding minggu minggu lain.. Tak macam minggu minggu assignment berlambak.. Boleh dikira boleh handle lagi.. Tapi minggu final exam lain.. Ialah time tulah waktu untuk menyesal.. Kata kata sering didengar "menyesal tak study awal awal", "banyak nak cover aku takbaca lagi".. Adat study suka tangguh tangguh.. Tapi takpe..

Orang kata study last minutes amat berkesan.. Tapi shaz boleh gerenti ia amat berkesan untuk shaz.. Tapi taktahu la korang.. Lain orang lain cara.. Tapi cara begini perlu banyak pengorbanan lah.. Adat berjaga sampai 5 6 pagi adalah perkara standard.. 




See betapa rajinnya kami.. 3 pagi pun mata tahan study di Mcd.. Semuanya gara gara "FINAL EXAM"


Nota : korang dapat AKJ taw..

Thursday, October 6, 2011

VIRUS !!!!


Arrrkkkk tidak... Lappy shaz kena virus... Sakit hati ada.. Pening kepala pun ada.. Mana taknya.. Memory phone, external, semua di jangkiti virus.. Sangat lah lemah.. Masa scan punya lah manis "your computer is clean".. Lega hati dengar kata kata manis mu.. Dah takpasal pasal hilang segala memori memori manis atas desakan mu wahai lappy untuk meng-format kan kau.. hahaha.. Nasiblah dah nak final exam so assignment dah takperlu guna lappy sangat.. Kalau takboleh sakit jiwa dibuatnya.. 

Okay lah.. Dah membebel panjang dah disini.. Rasa puas pula dapat luahkan disini.. Moga moga korang semua rajin rajin lah scan lappy korang sebab sekarang ni tempat shaz virus lappy sedang bergerak active ye.. hehe..


Mood : Dah nak final exam.. Study hard hard.. Good luck untuk pelajar pelajar politeknik..

Saturday, September 10, 2011

Manja




Assalamualaikum.. Harini rasa macam malas sangat.. Assignment dah berlambak menunggu giliran tuk disentuh.. Asyik bedal kuih raya kawan je.. Mood raya pun still ada.. Tapi nak balik JB pun agak payah dek kerana assignment yang terlalu banyak.. Simpan jela mood raya tu untuk tahun depan.. Ada takda online je kerja shaz ni.. Maklumla jejaka malaya..  Hahaha.. (bajet hot je) Korang gelak ke.. Tak percaya.. Cuba tengok..


Mereka ini berebut dekat shaz.. See tak percaya lagi ke..


Shaz cakap takpercaya.. Dah ada buktikan.. Ok.. Tu je entry kali ni.. Malas nak fikir banyak banyak.. Entry paling pendek kali ni.. Mood raya masih menebal.. Selamat Hari Raya kawan kawan..


Nota : Mood agak mengedik sikit..

Thursday, September 1, 2011

Merdeka Raya 2011




Assalamualaikum.. Hai semua.. Lama takupdate blog.. Sampai blog time puasa pun tak post langsung.. Ini semua gara gara kamsis takde wifi.. Broadband da kena curi.. Satu hal lagi laptop kena virus.. Hamek kau 6345 threats diternak dalam laptop..

Aksi cebik muka.. Haha

Dikesempatan ini shaz nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan yang ke54 kepada blogger blogger semua, kawan kawan shaz kenali dan terutama sekali mereka yang beragama Islam.. Semoga perayaan kita disambut dengan meriah dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.. Amin..

Tapi bagi shaz raya tahun ini kurang meriah mungkin faktor usia kot.. hehe.. Dapat cuti raya pun seminggu.. Raya ke7 dah ada kelas macam biasa.. Bosan.. Berlainan raya tahun lepas.. Sebab kena kerja time raya.. Walaupun kerja tapi seronok sebab semua staff pakai baju raya.. Cuma tahun ni je dapat raya dengan keluarga.. Alhamdulillah.. hrmm tapi raya tetap raya.. Tahun ni tema baju raya warna hitam.. So satu keluarga mesti sedondon.. Satu tradisi untuk keluarga shaz.. Wajid sedondon..

Budak kecil baju hijau anak sedara shaz.. Sebab tu lain colour..




Family yang sangat sweet.. Hehe..



From left: uda, mama & angah


Orang kata kami kapel.. Hehe



Abah & Mama


Begitulah keluarga kami.. Sedondon.. Hitam itu manis.. So kami keluarga yang sweet.. Biasalah waktu dipagi raya.. Sesi bersalaman , bermaafan berderai air mata wajid.. hehe.. Time tu jugalah best sebab dapat duit raya dari sedara terdekat.. Dah besar pun still dapat duit raya lagi.. hehe.. Selagi belum ada pendapatan tetap, boleh dapat duit raya lagi..



Nota : Kuih yang biasa shaz akan cari ialah Tart.. Sedap.. 1 balang pun shaz boleh  
             kerjakan.. hehe..




Saturday, August 13, 2011

Hari Keempat : 10 Things I Want To Say To A Person

Assalamualaikum.. Fuuhhhhh... Lama juga tak godeh blog ni.. Ini semua gara-gara Cik Anom & Shabery duk suruh update blog ni.. Hrmm rasa janggal pun ada sampai tak ingat font saiz yang selalu shaz guna.. Mana taknya dekat 2 bulan tak buka blog ni gara-gara takda broadband sendiri..

Ok berbalik kepada cerita asal.. Korang still ingat lagi tak games yang shaz main dulu tu.. Ala yang sehari satu cerita.. Dah lama kot takde sambungan cerita dia.. Kalau tak tahu klik  ni " 10 Hari 10 Cerita ".. Cerita ni pun da masuk hari yang keempat menceritakan pasal 10 perkara yang shaz nak ucapkan kepada seseorang..




1. Saya suka awak.. Hehehe.. Maksudnya dekat sini shaz sukar nak ucapkan perkataan ni dekat sesiapa pun.. Memang susah nak cakap.. Bukan nak cakap saya suka awak.. Tapi nak cakap saya suka kawan dengan awak.. Tak tahu la kenapa.. Sejak azali kot terdidik dengan sifat malu.

2. Saya nak ucap terima kasih.. Selalunya shaz akan ucap terima kasih dekat orang yang da tolong shaz.. Tolong buatkan assignment, tolong buatkan kerja, tolong bagi pinjam duit time pokai, tolong carikan awek (opppsss sorry yang ni reka sendiri ) & pelbagai jenis tolong.. Itu yang shaz akan hargai sesiapa yang tolong shaz..

3. Jangan dengki dengan saya.. Ok ni paling pantang la pada shaz.. Apa yang shaz dapat mesti dia nak jeles.. Kalau nak jeles tu boleh.. Shaz tak kisah.. Ni sampai nak dengki.. Dah dengki nak buruk buruk kan nama shaz.. Sape yang takboleh tahan kalau macam ni..

4. Tolong jangan benci saya.. Statement ni memang shaz akan simpan & remind pada diri sendiri walau dekat mana pun bumi yang shaz pijak.. Shaz akan jaga hati seorang kawan walau macam mana sekalipun.. Sebab shaz suka orang menyenangi shaz daripada membenci shaz..

5. Jangan puji saya lebih lebih.. Yang ni memang shaz tak nafikan  memang semua orang biasa kena puji.. Maksud shaz bukan taknak orang puji.. Tapi jangan berlebih lebih.. Sebab shaz takut shaz akan lupa daratan sampai menganggap diri shaz berada pada tahap tertinggi..

6. Awak saya taknak kahwin.. Hahaha.. Korang mesti terkejut baca statement ni.. Bukan memang taknak kahwin.. Shaz nak kahwin.. Tapi buat masa sekarang shaz malas nak fikir benda benda macam tu.. Fokus study dulu okay..




7. Minta maaflah pada saya.. Simple je.. Kalau sesiapa dah buat salah minta maaflah pada shaz.. Shaz takkisah kalau korang dah buat jahat macam mana pun pada shaz.. Kalau korang minta maaf shaz akan maafkan.. Shaz bukannya hati batu ye..

8. Hipokrit jangan depan saya.. Shaz taksuka la orang yang hipokrit.. Pura pura jadi orang lain.. Tak yakin pada diri sendiri.. Apa salahnya jadi diri yang sebenar.. Sekurang kurangnya orang lain tahu identiti diri sendiri kan.. Tak perlu lah kalau nak jadi perhatian kena jadi orang lain.. 

9. Saya suka coklat.. Tak tahu la kenapa shaz suka coklat.. Ikut perangai mama shaz kot.. Mana taknya jumpa coklat mesti nak beli.. Tak kisah la kuih coklat ke kek coklat shaz mesti nak beli..

10. Tolong ingatkan saya dekat Allah.. Yang ni juga shaz takkan lupa.. Tapi kalau shaz lupa sama sama la tolong ingat mengingati.. Shaz ni jenis pelupa.. Mungkin sebab banyak makan semut.. 




Nota : Entry paling susah nak Fikir.. hehehe..


Wednesday, June 15, 2011

Sipma IV ( Sukan Institusi Pendidikan Malaysia ) Part 2





Assalamualaikum.. Ok kali ni shaz still lagi dalam mood sipma.. Mana taknya baru 4 hari berlalu yang berlangsung hampir 2 minggu yang lalu bermula 31 Mei - 12 Jun.. Jadi bermula dari tarikh itu kami sebagai tuah rumah politeknik diwajidkan untuk menjadi sukarelawan lebih kurang 600 orang diperlukan.. 




Pada mula kami tak rela kerana kami dibahagikan mengikut acara tapi setelah melaluinya memang begitu menarik.. Pengalaman yang cukup mengujakan.. Dalam entry Sipma iv part 2 mengambarkan suasananya..




Persekitaran Perasmian Sipma di Stadium Hang Jebat Melaka


Maskot rasmi Sipma - Leo


Perarakan Kontinjen Tuan Rumah MSPM -Majlis Sukan Politeknik Malaysia


Kontinjen MASUM


Kontinjen MASISWA




Persembahan kebudayaan dari salah sebuah Politeknik


Datuk Seri Mohd Khalid Nordin - Menteri Pengajian Tinggi


Perasmian oleh Datuk Seri







Sorakan dari Sukarelawan Politeknik


Setelah perasmian dibuat.. Maka kejohanan Sipma pun bermula.. Sukarelawan sukarelawan lain dibahagikan mengikut acara masing masing.. Dan shaz terpilih untuk Squash..




Sukarelawan bahagian squash


Dan kerja yang senang.. Mop lantai bila pemain rehat.. Best..








Penat sebab kerja terlalu senang


Diam tak diam akhirnya Sipma melabuhkan tirai.. Majis penutup dilaksanakan di Dewan Politeknik Merlimau.. Mereka yang terlibat dijamuankan dengan makan malam yang enak.. Adat dalam pertandingan ada yang menang ada yang kalah.. Politeknik selaku tuan rumah terpaksa akur di tangga ketiga dalam keseluruhan acara.. Tapi bagi kami selaku sukarelawan amat berbangga dalam berkhidmat untuk para atlet..






Persekitaran Meja makan malam penutup Sipma


Akhirnya habis juga sipma.. Pada mula rasa macam taknak pergi tapi bila dah lalui memang seronok..


Murtab sebentar menjadi orang melaka..


CREDIT : Azsyakila Jamil sebab banyak sumbangkan gambar untuk entry kali ini..


Nota : Kenangan paling indah.. Shaz sendiri ditarik oleh EKIN AF untuk menari bersama.. Bukan 
           shaz yang volunteer.. Tapi ekin sendiri yang tarik.. Untung dalam ramai ramai pelajar shaz
           terpilih.. hehe..

Sipma IV (Sukan Institusi Pendidikan Malaysia) Part 1




Assalamualaikum.. Wa dekat 2 minggu blog ni terbengkalai angkara Sipma.. Tiba tiba hari ni teringat akan blog yang ditinggalkan.. Hahaha.. Di sebab sibuk menjadi sukarelawan sampai terabai blog ni.. "Mana la orang nak tengok blog aq ni" bisik hati..



Ok korang mesti nak tahu apa cerita disebalik Sipma ni.. SIPMA IV ni singkatan bagi SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA.. Ia dilaksanakan secara besaran di Melaka Bandar Sejarah dan tuan rumah pada kali ini ialah Majlis Sukan Politeknik.. Bila sebut sipma je ramai orang teringat SUKMA.. Sukma dan Sipma lain ok.. Sukma ( Sukan Malaysia ) .. Sipma ni sukan bagi Institusi pengajian yang melibatkan perwakilan 7 kontinjen

1)  Majlis Sukan Politeknik Malaysia ( MSPM )
2)  Majlis Sukan Sukan Sekolah ( MSSM )
3)  Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM )
4)  Majlis Sukan IPG Malaysia ( MSIPGM )
5)  Majlis Sukan IPT Swasta ( MASISWA )
6)  Majlis Sukan Kolej Komuniti ( MASKOM )
7)  Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia ( MSMM )

 7 acara dipertandingkan 
1) Badminton
2) Skuasy 
3) Olahraga 
4) Akuatik 
5) Tenpin Bowling  
6) Bola Sepak 
7) Hoki


Nota : Nantikan Sipma part 2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...