Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Monday, May 23, 2011

Hari kedua : 10 Things I Love





Assalamualaikum.. Wah pejam celik pejam celik dah nak pertengahan tahun.. Dan hari ini kalau nak dihitung merupakan hari kedua game yang shaz buat.. Sebenarnya ni bersambung daripada entry sebelum ni "Hari pertama : 10 Things About Syazrien Aidzam".. Dan hari ini bersambung untuk hari kedua..




Straight to the point.. 


1) Sayang shaz yang pertama of course la Family shaz.. Anak mana yang tak sayang dekat family dia.. Walau ego macam mana pun seseorang tu.. Perasaan sayang tetap ada.. Tipu la kalau sedetik pun takde perasaan sayang.. Kalau takde memang korang jenis yang takde perasaan..







2) Sayang shaz dekat Classmate shaz memang tak berbelah bagi.. Tak kisah la classmate sekolah, tuisyen, or politeknik.. Dengan classmate la kita membina identiti diri.. Macam macam perangai kita jumpa yang membuat kan kita menjadi diri sendiri, tak berpura pura dan membuatkan kita menjadi semakin matang..




3) Antara benda yang shaz tak boleh jumpe ialah Chocolate.. Yes shaz memang peminat chocolate.. Tapi bukan la tahap fanatik sangat.. Apa yang membuatkan shaz suka pada chocolate sebab dia manis dan boleh buat orang tu lupa pada masalah untuk seketika.. Tak percaya ?? Cuba la..




4) Antara percaya atau tidak shaz sangat sayang dengan Housemate shaz yang dekat politeknik.. Dari situ juga la shaz belajar hidup berdikari.. Selalu hidup dengan family.. Tapi berkat kawan kawan menguatkan lagi diri shaz yang boleh berdikari.. Dulu ada juga terfikir kalau kalau kena buli.. Tapi bila kita dah kenal boleh dikatakan macam adik beradik..




5) Kalau nak diikutkan shaz ramai Kawan Perempuan.. Mereka pernah mewarnai hidup seharian shaz.. Tapi secara sedar atau tidak bukan semua yang boleh menjadi akrab.. Membantu tatkala shaz susah.. Terima Kasih Azreena ( Seorang pendengar yang terbuka) , Amira , Anum Aqilah , Alya Hanisah ( Mereka yang bersama sama tatkala shaz gembira & sedih ).. Terima kasih korang.. Shaz sayang korang..




6) Inspirasi shaz pada mereka cukup mendalam.. Abang Angkat adalah inspirasi bagi shaz.. Mereka adalah penguat semangat shaz untuk tempuh dugaan hidup.. Masakan tidak shaz merupakan anak sulung.. Shaz perlu sokongan mereka yang terlebih dahulu makan garam.. Menjadikan kisah mereka sebagai pengajaran.. Shaz hargai pengorbanan mereka.. Shah Green & Herry Mohd.. Anda memang hebat dimata shaz..




7) Alif & Shahrin merupakan Kawan Lelaki shaz yang paling rapat la.. Diaorang kalau pergi mana mana mesti bersama.. Kitaorang memang boleh dikatakan serasi.. Haha.. Sama kepala.. Tapi nak kata akrab macam dulu tak la sangat sebab masing masing ada kerjaya sendiri.. Mana sorang kerja mana sorang sambung belajar.. 




8) Dalam banyak banyak subjek.. Subjek kegemaran shaz semestinya Account & Math.. Sebab apa mungkin sebab shaz suka mengira kot.. Haha.. Best kalau tahu semua jalan kira kira.. Lagi best kalau dapat jawapan tepat.. Lagi satu shaz tak suka subjek subjek membaca.. Serius lembab sikit.. Mungkin kekurangan shaz dekat sini kot..





9) Shaz suka Bantal Bucuk shaz.. Haha.. Ala takkan masa korang kecil kecil korang takde bantal kegemaran.. Ada kan.. Haha.. Bantal busuk shaz tu shaz akan bawa kemana mana je.. Even duduk dengan housemate pun.. Sebab bau dia da sebati dengan shaz.. Bayangkan la bantal tu dari form 2.. Haha.. Sampai la sekarang.. 





10) Semestinya shaz sayang pada agama shaz sendiri iaitu Islam.. Mana tak dari shaz lahir shaz da pun islam.. Shaz berasa sangat beruntung sebab agama islam.. Mungkin korang ada pandangan korang sendiri.. Fikir fikirkan la..




Nota : Kepada mereka yang tiada didalam list.. Shaz still ingat korang ye.. Cuma terlalu ramai untuk dimuatkan.. Tak bermakna shaz lupa kan korang..

6 comments:

shahrinrazied.galeri.com said...

teharu mak nok!!no 7 pon no 7 le...hahaha jnji ade name mak,,hahaha..ape2 pon selamat mju jaye brooo!!!

Syazrien Aidzam said...

haha terima ksih...
aq pn same..
macam mana aq egat kawan..
macam tu la aq dedikasi kan untuk kawan aq.. haha

CeritaSiGadisSempoi said...

OMG...tiade terselit nme sye..huahuahua..hehehe....

Syazrien Aidzam said...

haha..
sorry..
pale da terlalu ramai nak egat..
p shaz still egat...
haha..
jgn mara ye..

CeritaSiGadisSempoi said...

xkire2..nk marah jugak nie...hahaha...

Syazrien Aidzam said...

fieza : sorry2..
tapi kalau shaz bt cite psl blog t shaz letak nama fieza k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...