Selamat Datang.. Blog Shaz Impian Si Anak Muda.. Jangan Lupa Follow Sekali ye

Sunday, May 15, 2011

Bisnes Online tanpa modal

Assalamualaikum.. Hahaha.. Hari ini terasa agak happy sebab hari ini merupakan hari pertama shaz join bisnes ni... Tak sabar rasanya nak kumpul mata banyak banyak macam orang tu.. Hehe.. Sekurang kurangnya poket pun terisi la sikit.. Korang mesti nak tau bisnes ni apa kan.. Bisnes ni tidak memerlukan apa apa modal.. Sebelum tu shaz nak ucapkan terima kasih dekat abg Shah Green sebab bagitahu pasal bisnes ni.. Hehehe.. Korang boleh la kenal kenal dekat situ nanti..



Apa yang shaz cakap pasal tidak memerlukan modal.. Ya betul.. Kalau korang join memang okay la.. Sebab korang tak perlukan apa apa modal pun.. Cuma diperlukan sedikit masa dan tenaga korang.. Just promote dekat blogger lain , dekat facebook , twitter or apa apa social networking korang .. Kan senang.. Apa website dia ?? Haha.. Website dia says.my .. Korang boleh lawat dekat situ.. 



Game dia sangat sangat la senang.. Korang just war war-kan website penaja.. Penaja tu siapa ?? says.my la.. haha.. Korang akan dibayar RM1 sekiranya kawan yang korang invite tadi tu membuka link penaja.. Itu yang paling penting.. Just atur strategi korang macam mana nak bagi kawan kawan korang buka link tu.. Senang kan.. Nampak tak game dia sekarang.. Seorang akan dibayar RM1.. Bayangkan kalau korang invite 500 orang.. Free free korang dapat RM500..



Duit tu macam mana nak keluar kan ?? Ini biasanya mereka menggunakan kaedah point.. Terdapat point point tertentu dengan nilai tertentu.. So bila dah cukup.. Korang boleh lah kumpul hasil korang.. Senang kan.. Lagi rajin korang promote.. Lagi tinggi korang dapat point.. Nanti korang try survey macam mana duit tu nak ditebus.. 



So sesiapa yang berminat atau nak join.. Register je dekat says.my .. Jangan lengahkan masa korang.. If ada apa apa masalah korang just tinggal kan komen disini.. Atau berhubung dengan  Shah Green atau berhubung terus dengan pihak penaja..






Nota : Tak salah kalau nak cari poket lebih.. Asal kena dengan cara.. 

Saturday, May 14, 2011

KulaiJaya-10 Lelaki bergilir gilir merogol murid tingkatan 1

Assalamualaikum.. Wah penat betul hari ni.. Baru nak bangun tidur ke shaz.. Tengok jam tu pukul berapa ?? Hah!! Pukul 3.. Kalau 3 pagi  ok lagi.. Tapi ni pukul 3 petang la.. Iskh iskh iskh.. Itu la time malam jadi burung hantu tak nak tidur.. Bila pukul 7 baru nak tidur..

Ok stop shaz.. Banyak pula yang dibebelkan ni.. Straight to the point asal.. Hrmm cakap pasal rogol ni.. Dah terlalu banyak kita disajikan cerita cerita macam ni.. Dah nak jemu.. Tapi apa yang membuatkan shaz tertarik nak buat entry kali ni.. Ia berlaku di kulaijaya.. Maksudnya tempat tu tempat shaz sendiri.. Semalam semasa shaz tengok tv.. Adik shaz cerita yang sekolah dia dan merangkap sekolah lama shaz juga ada budak 13 tahun kena rogol.. Shaz tak tahu la cerita ni betul ke tidak.. Tanpa membuang masa shaz check dekat sinar harian akhbar.. Dan ternyata..


KULAIJAYA – Sepuluh remaja bawah umur termasuk empat perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam berhubung kes mencabul kehormatan dan rogol seorang remaja berusia 13 tahun. 

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan berusia 15 tahun dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara 20 tahun atau sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol remaja berusia 13 tahun itu. 

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam di bawah jambatan kereta api di Batu 21, berhampiran stesen hentian kereta api di sini, 1 Mei lalu. 

Manakala dua remaja lelaki berusia 14 tahun mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa itu dengan niat untuk mencabul kehormatan. 

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh mencapai sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan dibacakan terhadap ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret, Zainon Anuar dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Jun ini. 

Sementara itu, tujuh lagi remaja yang terbabit diletakkan di bawah perlindungan dan pengawasan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa berkenaan ditemani rakan-rakannya untuk bertemu dengan teman lelaki yang baru dua hari menjalin hubungan cinta dengannya pada malam kejadian. 

Bagaimanapun, mangsa dirogol oleh teman lelakinya sebaik sahaja tiba di tempat kejadian dan turut dicabul oleh rakan-rakan teman lelakinya itu.





Nota : Jangan cari masalah sendiri ye.. Beringat ingat la semua kaum hawa..


Friday, May 13, 2011

Budak darjah 2 lebih pandai dari kita

Assalamualaikum.. Terasa lambat sangat tak meng-update.. Hari ni jenis baru terasa gatal tangan dan ditambah idea yang tak seberapa untuk di keluarkan pada entry kali ini.. Hrmm shaz tulis entry ini macam la ada follower follower lain nak baca.. Haha..

Berbalik kepada tajuk entry pada kali ini.. Tadi masa melawat lawat facebook.. Tiba tiba shaz terbaca satu article.. Article ini sangat menarik shaz.. So why not shaz nak share dekat blog ni.. Kata orang ilmu tu kena la share share kan.. Aaa.. Ilmu ke ni.. Hrmm Apa la yang shaz merepek ni.. Shaz sendiri tak tahu la sama ada follower lain pernah baca ke tidak article ni.. Tapi kepada yang belum pernah membaca.. Meh godeh godeh.. 

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..
Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 2, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 2 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan soalan berdasarkan tahap pencapaian murid murid UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada
di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan
"A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat sangat luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya
berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that
means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' &
if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".




.................................................. ..........................




Nota : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Monday, April 25, 2011

Aib lelaki yang boleh ditutup

Aik rasanya minggu ni banyak pulak idea mencurah curah nak di postkan.. Maklum la final exam da lepas.. So da takde tekanan la.. Kalau tak mesti asyik mengadap buku je.. Hrmm ni entry kali shaz nk kongsi sikit apa yang shaz jumpa dekat facebook.. Dia macam tips jugak la.. Maybe bole dipraktikkan di masa depan.. Tak gitu.. 

Masa tengah buka facebook.. Tiba tiba terjumpa satu article ni.. First tengok tajuk dia macam article biasa je.. Tapi menarik pulak.. Mungkin benda ni korang pernah lalui.. Ok cukup cukup la membebel tu shaz.. Kang ada yang taknak baca pulak..




MENANGIS

Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita.

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.Tengok bro dekat atas tu. Selamba je nangis.




TERJATUH


Semasa kecil, jika korang terjatuh, mesti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay? Pandai pandai la keletong.




PENDEK



Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna,korang tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti korang yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin korang tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi korang ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Korang mungkin pilihan mereka!





JERAWAT


Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.


Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk
perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai korang memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.





DIHINA

Wanita yang korang sukai menghina korang dan menolak cinta korang. Begitu juga dengan majikan korang yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu korang akan malu dan ingin memarahi mereka semula.



Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina korang, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama korang.



Nota: Setiap kejadian allah pasti ada kekurangan dan kelebihan. Jadi apa yang telah terjadi kita terima dengan redha dan hati yang terbuka.

Perempuan dianggap biasa Tapi lelaki Gay

Biasa kalau baca entry orang lain especially yang perempuan, some of them suka menceritakan dan memuji tentang kecantikkan pompuan lain

"Eeee...tingginya Aleeza Kassim ni..cantek pulak tu" kata fatin

"Gojes la Fatin Liyana ni, walaupon pakai braces tetap sweet" ucap Anum

"Cantiknya Heliza ni, nampak mata bulat bulat jerk" getus Alya

"Wah, cantiknya Yuna ni. Sesuai sangat dengan Shaz" kata Mira


Mereka tanpa segan silu memuji setiap apa yang menjadi tumpuan seseorang perempuan lain.. Hrmm memang jadi satu kebiasaan.. Tak pulak orang lain perempuan tu minat kaum sejenis atau dalam erti kata yang sebaik baiknya "Lesbian".. Takde kan.. Takde kan..


Tapi.. Tapi.. Tapi..


Cuba kalau lelaki pula memuji lelaki yang lain.. Korang mesti rasa pelik kan.. Kalau korang puji kawan korang takpe la.. Ni orang yang tak kenal..


"Tough dan seksi seh Adi Putra. Arghh!! Jeles!!" kata Nyah-Sally

 "Hensem gila Samsul Yusoff ni. Geram tau" ujar Syed

"Licinnya kulit Dafi " ucap Fakhrul




See, mesti korang rasa lain kan? Shaz ada baca statement statement macam ni.. Macam gay-boy gayanya. HAHAHA. Tapi terpulang pada individu.. Kekadang ada individu hanya ingin memuji tapi ramai yang di salah ertikan.. 

Kenapa ye.. 

Perempuan ok je.. Lelaki tidak..


Nota: Jangan anggap orang itu dari luaran.. Pandang dalam baru turun ke hati..

Sunday, April 24, 2011

Detik-detik sebelum final exam

Assalamualaikum.. hari ini cuaca agak sedih.. Hujan turun dengan rahmatnya.. Tak terlambat lagi untuk shaz cerita sebelum exam bermula.. So dalam study week dua minggu lepas dalam asyik study lebih baik kalau keluar.. So tapi melengahkan masa kami berempat keluar.. Maklum la semua dah takde kelas.. Plan asal sebenarnya nak breakfast je.. Tapi lokasi tak boleh blah.. Restoran Jejantas Ayer Keroh.. Siap sanggup naik highway lagi.. Kalau setakat breakfast dekat mamak depan kamsis ke Restoran Sabedah yang terkenal tu ke tak kisah sangat.. Ni siap naik highway semata mata nak breakfast dekat Jejantas.. Ni semua idea si Hazim la.. Dia cakap sesekali cipta kelainan.. Konon dalam rumah tu dia la ketua.. Dia la yang boleh buat keputusan.. Tapi kitaorang ikut je.. Sebab dia ni pun boleh pakai.. Kalau bab macam ni dia memang tip top.. Shaz sendiri tak nafikan.. Jom ikuti perjalanan kitaorang..





Pemandu yang berhemat.. Dinie dan fariq slow la korang bawak..



Hazim tengok depan.. Dala kau bawa aku.. Kang tak pasal pasal kang..



Hah.. Da sampai pun.. Ok hazim keputusan ditangan anda.. Nak pergi mana dulu??



See.. KFC juga yang dituju.. Tapi takpe la.. Kelainan sikit.. KFC atas jejantas.. Bukan main lagi dinie.. 2 pinggan..



 Bagusnya ada hazim ni shaz selalu makan tak habis.. So dia dengan rela hati habiskan.. Tapi siap la nanti shaz dibebelkan sebab perut dia da buncit..




amboi sopan fariq kau makan ye.. hehe..


Perut sudah kenyang,, hati sudah girang.. Tapi hati ini da tak ingat nak study.. So hazim plan lain.. Tak kan la naik highway semata mata pergi jejantas tu ke.. Hazim dengan bangga berkata "Jom pergi Negeri Sembilan". 


Da sampai negeri sembilan.. Jom cari pantai..





Da sampai dekat pantai apa tah.. Tenang sungguh lihat ciptaan allah.. Tengok air laut geram macam nak mandi je.. Disebabkan pergi tanpa perancangan.. Dengan baju tak bawa.. So simpan jela niat tu.. Dapat jalan-jalan atas jambatan pun jadi la.. Next time nak pergi buat perancangan dulu baru boleh mandi.. So mengisi masa terluah dengan bergambar.. Hazim"Da jom balik ,, hari da nak gelap"..



Coretan : Motor fariq pancit masa nak gerak ke negeri sembilan.. Untuk bagi fariq tak malu tolak motor dia yang pancit sorang sorang.. Hazim pun dengan rela hati tolak motor dia.. Kira fariq tak la malu sangat.. Semangat setia kawan betul hazim ni..


Nota: Study smart bukan study hard.. Gud luck for all student for the final exam..

Saturday, April 23, 2011

MAKP

Assalamualaikum,, hrmm da berhabuk rupa nya blog shaz ni.. Sebab suda lama tak ber-update.. Tanpa isi isi berita yang baik atau pun buruk.. Entry kali ini.. Menceritakan tentang MAKP.. Bagi pelajar politeknik mesti korang tahu apa itu MAKP.. MAKP tu singkatan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk politeknik.. Ala majlis yang setiap penghujung semester.. Ada bagi bagi anugerah dekat pelajar yang terlebih bijak.. haha.. Sebenarnya shaz tak dapat apa apa anugerah pun.. Cuma dapat undangan je.. Hrmm undangan pun undangan la.. Asal kan dapat tunjuk muka.. So siapa yang datang mesti dengan tema yang ditetapkan.. Tema korporat Merah Hitam.. So seminggu sebelum anugerah shaz da gelabah cari baju apa semua.. haha... Mengalahkan artis.. Padahal jemputan je.. Tapi rakan rakan serumah tak kurang gaya nya.. Semua tak nak mengalah.. Cakap banyak tak guna.. Moh la saksikan..



Macam macam gaya nak tonjolkan tema



Kemain lagi.. Semua cari market je lebih(kecuali shaz haha)


Yang perempuan pun tak nak mengalah.




Aksi kita berdua.. Wajib tayang..



Yang ni pun wajib tayang.. Datuk dengan Datin.. (Perasan sebentar)




Orait itu sahaja cerita MAKP.. Sebenarnya banyak lagi gambar & cerita yang nak dikeluarkan.. Tapi malas da jadi sebahagian.. Buat Entry ni pun pepagi buta.. Memang merapuk la jawab nya..


Nota: Jangan berbelanja untuk benda yang jarang digunakan.. Berbelanja dengan jimat agar tak susah di hari kelak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...